Kerjaya antarabangsa Mohd_Safee_Mohd_Sali

Malaysia Bawah 23 Tahun

Safee mula mewakili Malaysia Bawah-23 ketika peringkat kelayakan Sukan Olimpik 2004. Beliau beraksi di semua perlawanan tetapi kebanyakannya ialah sebagai pemain ganti. Beliau kemudian dipilih untuk menyertai pasukan Malaysia Under-23 di Pra-Sukan Asia Tenggara 2005 di Thailand di bawah jurulatih Bertalan Bicskei. Beliau hanya berupaya menjaringkan satu gol dalam perlawanan menentang Filipina Bawah-23. Sayangnya, beliau tidak menyertai skuad Sukan SEA 2005 yang menggondol pingat gangsa. Selepas Sukan SEa, Safee diberi peluang oleh jurulatih Norizan Bakar untuk menyertai pasukan Bawah-23 untuk Sukan Asia 2006, tetapi beliau tidak berjaya lagi.

Setelah prestasi yang hambar dari pasukan Bawah 23 kebangsaan, Safee dipilih sebagai penyerang utama oleh jurulatih B. Sathianathan. Bersama dengan rakan seperjuangan, Mohd Zaquan Adha Abdul Radzak, mereka berjaya menjuarai Pestabola Merdeka 2007 setelah mengalahkan Myanmar 3-1 dalam perlawanan akhir, di samping beliau sendiri menjadi penjaring terbanyak dengan 4 gol. Kemudian, beliau dipilih untuk mewakili negara di Sukan Asia Tenggara 2007. Safee mampu menjaringkan 2 gol dalam kejohanan ini tetapi pasukan Bawah 23 gagal melayakkan diri ke peringkat akhir.

Pada tahun 2008, Safee dipilih sebagai penyerang utama di Piala Intercontinental Malaysia 2008, di mana beliau berjaya menjaringkan ketiga-tiga gol untuk pasukan Malaysia yang kecundang 1-3 kepada Pasukan bola sepak kebangsaan Republik Ireland, menang 1-0 ke atas Iraq dan seri 1-1 dengan Nigeria. Perlawanan menentang Nigeria ini merupakan kali terakhir Safee beraksi dalam pasukan bawah 23 kebangsaan.

Pasukan Senior

Setelah mempamerkan aksi cemerlang bersama Sarawak di Liga Perdana Malaysia, Safee berjaya menganggotai pasukan kebangsaan, lalu diberikan perlawanan senior pertama menentang New Zealand pada 19 Februari 2006. Kemudian, beliau menjaringkan gol antarabangsa pertamanya dalam perlawanan keduanya menentang New Zealand lagi.

Safee kemudiannya menganggotai pasukan bola sepak kebangsaan yang bersedia untuk Piala Asia 2007. Beliau membuat penampilan pertamanya di Piala Asia pada perlawanan kumpulan ketiga menentang Iran yang mana Malaysia kalah 0-3.

Safee juga menyertai skuad Malaysia XI menentang Chelsea F.C. di Stadium Shah Alam pada 29 Julai 2008. Sungguhpun beliau mempamerkan aksi yang mengagumkan, namun pasukan Malaysia XI tumpas 0-2.[12] Walau apapun, jurulatih Chelsea, Luiz Felipe Scolari memuji kesungguhan Malaysia XI melawan pasukan anak latihnya.

Dalam Pesta Bola Merdeka 2008, Safee sekali lagi melakukan jaringan yang hebat dalam perlawanan menentang Nepal. Beliau menjadi penjaring tertinggi di kejohanan ini dengan 5 gol biarpun Malaysia kalah dalam sepakan penalti 6-5 menentang Vietnam di pusingan akhir.

Pada November 2010, Safee disertakan dalam pasukan negara oleh jurulatih, K. Rajagopal untuk Piala Suzuki AFF 2010. Safee menjaringkan dua gol ke aras Vietnam untuk menjamin kemenangan 2-0 di pusingan pertama separuh akhir. Safee sekali lagi menjaringkan dua gol dalam pusingan pertama akhir dalam kemenangan 3-0 ke atas Indonesia. Dalam pusingan kedua akhir, Safee merembatkan satu lagi gol untuk menjadi penjaring terbesar kejohanan dengan jumlah 5 gol. Malaysia menjuarai Piala Suzuki AFF 2010 buat julung kali dalam sejarah.

Latihan Cardiff City

Pada tahun 2011, Safee ditawarkan percubaan dua minggu dengan kelab Liga Bola Sepak, Cardiff City.[13]

Rujukan

WikiPedia: Mohd_Safee_Mohd_Sali http://www.ammboi.com/2014/12/12/malaysia-menang-s... http://mnftfc.blogspot.com/2011/02/safee-pergi-ke-... http://www.espn.com/soccer/blog-football-asia/stor... http://www.fifa.com/worldfootball/clubfootball/new... http://www.goal.com/en-my/news/3896/malaysia/2012/... http://www.goal.com/en-my/news/3896/malaysia/2014/... http://www.safeesali.com http://selangorfc.com/pemain/arkib/mohd-safee-mohd... http://www.theborneopost.com/?p=126348 http://www.youtube.com/watch?v=gbS5DMLIcMY